Sandal
Kasut lama yang separa
Kasut lama yang dah agak - hidup segan mati tak mahu – selalu buat kes yang boleh menjatuhkan reputasi penulis sepanjang hayatnya. Tapaknya yang dah agak haus boleh membuatkan si pemakainya yang dah dressing cun [lah sangat!] sliding atas jalan raya – nak kata macam pakai roller blade tapi tengah pakai kasut kuliah.
Ini semua tapak licin bak telur baru dikupas punya pasal. Nasib baik sliding je, kalau sliding dan… [slow-motion-scene] gedebuk! [cut-scene]. Ok confirm masa tu rasa macam – owh bestnya jadi halimunan. =_=
Sandal ini bukan sekadar sandal raya. Bakal berkhidmat sebagai sandal ke kuliah, market, supermarket, sawah bendang, masuk hutan, panjat bukit etc.
***
Tak kisah mahal ke murah, branded ke non-branded, yang penting ada semua ciri-ciri keselamatan & sharia compliance [eh kasut pun ada SC ke?]
Yes, harrruslah ada, sebagaimana baju & pakaian wanita yang lain.
Kasut/Sepatu/Sandal :
The recommended one is :
Tidak berbunyi menarik perhatian apabila berjalan. Seeloknya pakai kasut yang bertumit getah atau apa saja material yang menyerap bunyi.
***
Tak banyak pun kan? Cuma dua yang penting tu je.
1. [tak puas hati]
Tapi tak gorgeous la kalau tak pakai heels! At least pun pakai je la yang ada tumit sikit! Baru ada kelasss you! >_<
[jawapan]
Pakai heels, yang ada tumit sikit… yess, kenapa tidak? Muda remaja inilah masanya untuk stylo. Tapi itupun dengan syarat, kalau rasa mampu nak tanggung sakit belakang sakit kaki sakit lutut bila dah tua nanti. Baru ada kelasss you!
2. [lagi tak puas hati]
Alamak, kasut berbunyi pun tak boleh ke kak? Habis tu kaki ayam je la senang!
[jawapan]
Boleh, silakan tapi ada syaratnya juga. Pakai kasut baby yang ada bunyi 'oink-oink' bila berjalan tu. Tapi tu pun kalau anda masih baby @ tak baligh lagi. Kan comel?
"Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan."
(An-Nur : 31)
***
Ok girls.
Because,
You are too precious. And Allah will loves you more & more inshaAllah. ^_^
Rujuk :
Risiko Bergaya dengan kasut Tumit Tinggi