Cla, Mira dan kawan-kawan lain yang mengikuti
penerbangan Oman Air mesti sudah selamat mendarat di KLIA sekarang. Mereka
semua bertolak pukul 6.30 petang waktu tempatan semalam, dan dijangka mendarat
pada pukul 12.30 tengah hari waktu Malaysia hari ini.
Yana pula, masuk hari ini dah 4 hari berada
di Malaysia. Apa yang dia tinggalkan kat saya, owh please sangat kiut pula
rupanya :
Instant noodle!
Haha… Whateverlah Yana. Boleh juga buat sahur
time time sesak.
Wawa; hari ini masuk hari ketiga jaulahnya.
Jaulah Jordan katanya : Petra, Pantai Aqabah, Wadi Rum dan Laut Mati. Entah
macam manalah alkisah Wawa dan ahli rombongannya itu, kita nantikan kembalinya
mereka, insya Allah hari ini.
Saya?
Yes, forever alone, penjaga setia
RaudhaHaneen.
Semalam buat pertama kalinya saya berbuka,
tidur dan sahur sendirian. Semalam, saya langsung tak masak untuk berbuka, Cuma
iftar dengan beef steak dan tamar hind yang Cla tinggalkan untuk saya. Oops~
baca beef steak tu macam mewah pula ya? Beef steak orang sedekah.. Tu pun yang
semalam punya tak habis makan. Ok, be thankful, you’re so lucky, Nuna than
those who have nothing to iftar. :’(
Kerja saya sejak Sabtu lepas :
Ini si adik, Erin |
Ini pula abang, Eric |
Inilah wajah-wajah innocent yang menemani
hari-hari saya. Setiap kali saya datang menjenguk mereka, mereka dah
betul-betul tunggu depan pintu rumah. Pantang dengar bunyi kunci bila buka
pintu rumah. Terus menyerbu kaki saya bila saya masuk.
Haishhh la.
Betul-betul buat saya rindu kucing-kucing
yang saya tinggalkan di Malaysia. Petang ini bakal menjenguk mereka lagi. Oh
ya, tadi masa shopping bahan-bahan kuih raya di Arabella Mall, sempat juga beli
makanan kucing buat budak-budak tu. Bukan apa, kesian tengok budak-budak ni... Tiap-tiap hari makan biskut perisa ikan Friskies tu. Takde kucing sendiri, kongsi sayang dengan kucing orang pun jadilah... :')
Yang jenama ni murah sikit la dari Whiskas.
Takpe. Ni 1st trial. Nak tengok, suka tak budak-budak kenit tu
makan.
Haaa…. Can’t wait to see them!
#Mereka yang dimaksudkan ialah ~ Eric & Erin,
kucing sahabat saya yang bernama Norafizah Yassin. Ditaklifkan menjadi ‘kittensitter’
sejak beliau pulang bercuti ke Malaysia Khamis lalu.