Tengah hari semalam masa tengah godeh-godeh
FB, terjumpa 1 iklan ni kat group Ruang Iklan Irbid. Iklan dari Ahmad Firdaus
Kadir, senior Fiqh Wa Usuluhu yang disegani seantero PERMAI telah membuat
pengumuman bahawa ada seorang hartawan Irbid yang bermurah hati mengadakan
majlis iftar di rumahnya petang semalam. Maka, siapa nak, cepat komen! 15
tempat terawal untuk akhwat dan 35 tempat terawal untuk syabab.
But then, dengan rasa pilunya, tengok kat
masa di’post’ – 16 hours ago. Oh my… Dan dah 23 orang pun yang selamat menghantar
nama kat beliau.
Kalau ikutkan boleh je nak isi lagi seat yang
kosong tu, tapi hati masih berbelah bahagi lagi. Sampailah satu saat Ahmad
Firdaus Kadir mengupdate senarai terbaru syabab akhwat yang confirm nak pergi.
Ok, dah cukup 50 orang. Memang la takde
rezeki. Padan muka siapa suruh lambat tergedik-gedik lagi hati tu berbelah bagi
darab tolak campur.
Biarlah. Mungkin tiada rezeki kali ini,
esok-esok mungkin ada lagi. Lagipun hari ini shift aku memasak. Arghhh, lupa
pula… Hari ini Wawa pula ada majlis iftar bersama BKMNSnya. Cla pula ada iftar
dengan sahabat alumni MARSAHnya.
Saya?
Iftar forever alone la jawabnya kan… Padan
muka lagi sekali, lain kali lambat lagi buat decision.
Actually, memang la malas nak memasak
sebenarnya. Lagi-lagi bila iftar forever alone ni. Memang makan je la apa yang
ada kan. Ayam masak ntahapekename yang Wawa masak semalam masih ada. Rasanya
masih elok lagi kot… Boleh panaskan je karang. Nasi maqlubah dan samosa yang
Cla bawakan semalam pun rasanya elok lagi. Ermmm… Alhamdulillah, banyak je
rezeki kat rumah ni. Tapi kalau sampai ke pengetahuan mak yang anak beliau ni
berbuka makan lauk semalam je, memang la gerenti mak menangis sob sob punya.
Muehehe… Dulu masa kat Uniti bila abah cakap kat mak yang saya berbuka dengan
nasi berlauk sardine pun mak dah ternangis inikan pula makan lauk semalam. :D
Menanti
Actually saya masih lagi menaruh harapan,
moga-moga la ada sesiapa di kalangan syabab akhwat yang tak jadi pergi. Tak
sangka, bila saya jenguk lagi Ruang Iklan, saya lihat di bahagian komen, ada
dua syabab yang tak jadi pergi. Alhamdulillah yes yes, terima kasih la kat
syabab yang tak jadi pergi tu. Maka saya tanpa berfikir panjang lagi terus je
tag nama Facebook saya di bahagian komen untuk mengelakkan kekiciwaan lagi. Huhu~
Bertolak
Petang itu seperti yang dijanjikan, kami;
saya dan jiran-jiran sePlaza Home – Fizah Nazeer, Nabiha dan Izzati bertolak
dengan teksi ke Mujammak Syeikh Khalil. Di sana bertemu dengan rakan-rakan
akhwat yang lain, Salamah dan Haswani. Ada Mawaddah, Nik Aizat dan newborn baby
mereka : Izzatul Huda serta ibu, adik dan kakak Mawaddah yang turut bersama
menyertai ekspedisi ini. Chewa… haha.
Akhwat, tak ramai yang pergi, maka diganti
dengan syabab. Arghh.. Rasa segan pula dengan syabab yang ramai ni. Bertolak
dengan bas ke rumah villa mewah hartawan Irbid itu mengambil masa
kira-kira 20 minit.
![]() |
the villa : pandangan dari luar. |
Ketibaan delegasi Malaysia :D
Terpegun berjenak-jenak melihat villa mewah
yang tersergam indah itu. Ok, selayaknya macam istana. Dengan landskap awesome luar
pagar dalam pagar yang – Subhanallah, very the kaya tahap infinity downline kot
hartawan ni.
Ok, itu baru luar pagar, dalam pagar luar
rumah. Belum cerita dalam villa lagi.
Kami, syabab dan akhwat dipisahkan dua
tempat. Syabab makan kat mana tah, tapi akhwat makan kat ruang bahagian dalam. Kami
disambut oleh isteri tuan rumah, anak-anak gadisnya dan ‘aeilah perempuan.
Mungkin juga kakak atau adik perempuan hartawan itu.
Mak aiii…lah. Saya tak pasti la ruang tamu
yang kami jejaki itu ruang tamu yang ke berapa di dalam rumah villa itu, apa yang saya dapat katakan, ruang
tamu dan seisi perabotnya memang cantik dan bercitarasa mewah. Sampai rasa
macam tak sampai hati nak pijak lantai ruang tamu dengan kasut yang kotor ni. [Mengikut
adat orang Arab, kasut tak buka pun bila masuk rumah].
Kami dijemput duduk di sebuah set sofa yang
disediakan. Ruang tamu ini agak besar juga, kerana memuatkan dua set sofa dan
dua buah set meja makan untuk 20 orang. Kami berbual-bual dan bertaaruf bersama
tuan rumah terlebih dahulu.
Iftar
Bila sampai masuk waktunya iftar, tuan rumah
memanggil kami ke meja makan. Tu diaa… Setalam nasi mansaf kambing menanti.
Penuh setalam. Tak nampak langsung lantai talam. Perghh, ini kalau perut
Melayu, boleh kenduri untuk 20 orang ni. Ni tak, 9 orang je semeja tempat saya
duduk termasuk ahli rumah. Meja sebelah berenam juga termasuk ahli rumah.
Dimulakan dengan tamar dan dihidangkan dengan
air sejuk dan laban, kemudian tuan rumah mengagih-agihkan pinggan dan mencedok
nasi, daging kambing berserta dengan kuah laban hangat. Sambil-sambil makan,
tuan rumah hulur-hulurkan bandurah [tomato] dan mukhollal khiyar [jeruk timun].
Kami makan dengan perlahan-lahan supaya makanan betul-betul digest. Banyak lagi
nak kena telan ni. Tuan rumah dengan penuh takzimnya, mengikromkan kami; tengok
nasi di pinggan dah surut je, cepat-cepat beliau bangun tambahkan sampai lah
tuan punya perut sendiri kata kholas..kholas.. Senak dah pula rasa perut ni.
-.-
Solat Maghrib
Kami solat Maghrib berimamkan makcik tuan
rumah. Lepas solat Maghrib, terdengar anak tuan rumah kata dia nak bagi hadiah
dari keluarganya kepada kami semua. Mati-mati saya ingat hadiah yang
dimaksudkan ialah hadiah jajan-jajan comel, tapi… Rupra-rupanya tuan rumah bagi
duit raya. Huhu… Terharu kot. Tak raya lagi dah dapat duit raya. Memanglah kaya
raya tuan rumah ni. Moga Allah mengganjari mereka dengan nikmat rezeki dan
syurga.
Kemudian, macam biasa mengikut adat Arab yang
sangat memuliakan tetamu, kami dihidangkan dengan qahwah pahit. Ermm.. telan je
lah. -.-
Tak lama lepas tu, anak tuan rumah datang
lagi agih-agihkan minuman tin untuk kami. Kemudian bagi lagi halawiyat yang
dikenai sebagai ‘mabrumah’ kepada kami. Memang tak sah kalau datang ke rumah
Arab, tanpa halawiyat. ^_^
Kami berehat di ruang tamu sambil
berborak-borak dengan tuan rumah. 3 set baby [Umar Abdul Aziz, Izzatul Huda
& Bahirah AsySyifa] bersama dengan ibu masing-masing pun sudah merengek
lapar. Elok je lepas para ibu selesai makan dan solat, terus menyusu.
Sambil-sambil berborak tu [saya tak berborak
pun takde mood pening sebab makan kambing banyak sangat -.-], baru dapat tahu
bahawa tuan rumah rupa-rupanya berasal dari Palestin sebelum berhijrah ke
Jordan ni, dan memulakan perniagaan sampailah jadi jutawan. MasyaAllah,
Subhanallah… Bagusnya bila dah kaya raya macam ni, langsung tak lupa diri.
Solat tarawih
Kami bersolat tarawih di sebuah masjid
berdekatan. Tuan rumah yang bermurah hati mempelawa kami menaiki MPV beliau.
Tapi balik semula ke villa tu, senior Ahmad Firdaus Kadir ajak jalan kaki je,
rupanya tak lah jauh mana jarak villa dengan masjid tu.
Wida3
Setibanya kami di villa, isteri tuan rumah
mengajak kami yang akhwat [sahaja] masuk. Kami dibawa masuk ke ruang atas yang
menempatkan beranda. Kami sekali lagi diberi minuman dan coklat. Kiranya,
inilah ‘segmen’ terakhir dari pihak tuan rumah dalam memuliakan kami sebagai
tetamu mereka.
Sebelum beransur pulang, kami
bersalam-salaman dengan isteri tuan rumah dan anak-anak gadis mereka.
Kena tinggal!
Saya dan Nabiha antara yang terakhir bersalaman
dengan tuan rumah. Alahai… Rasa malu, segan terharu bercampur baur mengenangkan
kebaikan budi pekerti tuan rumah dan anak-anaknya.
Kami menuruni tangga menuju bas yang menanti
di hadapan. Elok je sampai depan pintu bas, dengan automatik pintu bas tertutup
dan mula bergerak.
Apa lagi, saya dengan gelabah puyuhnya
angkat-angkat tangan waving kepada orang dalam bas dengan harapan; tengoklah
kitorang yang kat luar ni. Si Nabiha ni pula cool saja, tak macam Kak Amal yang
gabra!
Thanks Allah, ada juga yang nampak kami, maka
bas pun berhenti untuk me’naik’kan kami. Gelak-gelak je orang dalam bas tengok
kami yang malang ni. Uhuk~ Sampai hatinya tak perasan ke’absent’an kami. Nyaris
nak kena tinggal.
Apa-apa pun pengalaman iftor dan bermesra
dengan Arab kali ini sangat bermakna. Syukr wa hamdan lillah. Jazahumullahu khayral jaza. Inilah rezeki tak
terduga namanya!