Catatan Lavender La Nuna : Aku Insan Biasa

Dia datang ke sisi saya, menyentuh riba saya. Serta merta mematikan hafazan saya pada ayat ke-41 surah Al-Baqarah. Saya melihat wajahnya. Bersih, sesuci murni pakaiannya yang serba putih.

“Soutuki jameelah…”

Saya tunduk. Sebenarnya, saya tak tahu nak jawab apa plus perasaan saya bercampur-baur. Lagi satu, saya nak ingat balik apa yang patut saya jawab – actually nak jawab “Haza min fadlillah” – tapi boleh terlupa pula dalam situasi itu.

Saya cuma tersenyum dalam perasaan yang masih berbaur-baur. Seboleh-bolehnya saya ingin perasaan bangga itu pergi. Saya cuma insan biasa. Saya juga rasa bangga bila dipuji, tapi saya tak mahu keadaan itu terus berlaku. Istighfar dalam hati.

“Akhuwi fi qurbah. Ud’u lahu bilkheyr…”

Arghh.. Sudah. Apa pula yang dia cakap ni? Saya blur sekejap.

“Kurbah?”

“Na’am kurbah… Fahimti?”

“Musy fahim. Syu ya’ni kurbah?”

“Ya’ni musibah. Ud’u lahu bilkheyr. Wa ismuhu Mustofa.”

Arghh. Sudah. Dia buat saya betul-betul gelabah. Apa lagi bila saya perasan ada mata-mata comel gadis cilik Arab yang duduk berdekatan sedang tepat memandang saya, macam saya nak buat persembahan.

Mungkin lah… Mungkin sebab dia tengok saya gelabah puyuh, tak tahu nak jawab apa, dia pula yang ajar saya bacakan doa untuk abang dia.

“Allahumma farrajuhu kurbatuhu ya Rabb. Allahumma yassirhu wa la tuassirhu. Allahumma aamiin…”

Maaf ukhti, saya bukan sehebat yang ukhti sangkakan. Saya hanya insan biasa.

“Allahu yujzik el-kheyr.” Seulas bibir merahnya tersenyum. 

Segan amat saya dibuatnya. Segan kerana gelabah sehingga lisan saya kelu, itu satu. Keduanya, saya segan, kerana dia meminta saya mendoakan abangnya, bagaikan doa saya ini akan maqbul.

Saya tekankan lagi, saya belum lagi menjadi seorang hafizah. Kalau pun saya hafizah, belum tentu dapat menjamin doa yang saya lafazkan akan maqbul.

Ya, ramai di luar sana yang memandang tinggi terhadap golongan hafiz hafizah. Hanya apabila berada di dalam lingkungan pelajar tahfiz, baru merasakan tanggungjawab itu semakin berat. Menjadi salah seorang generasi yang membawa Al-Quran bukan semudah yang disangka, bukan satu kemuliaan, bahkan itu satu taklifan.

Bukan sekadar menghafal, bahkan membawanya, lalu berakhlaq dengannya.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!”
[As-Saff, 61:2]

Dan itulah cabaran terbesar buat golongan huffaz & pra-huffaz.

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Wednesday, May 2, 2012

1 comment:

sHaH rIzAn_n_FaMiLy said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Sahabat QQ