21April2010.Rabu
Dan rasa berat kepala ini membawa ke malam. Sangkaku panas sehingga ke Asar, rupa-rupanya hujan di tengah Zohor. Sampai lepas Isyak, pening itu terus berlanjutan.
Ya Allah…
Apakah ini migraine?
Aku tak pernah tahu macam mana sakitnya rasa migraine.. Tapi sakit ni, terasa sangat peritnya. Tak dapat nak berdiri lama-lama. Rasa tak jejak tanah kalau berjalan.
Selepas Isyak saja, terus telan dua biji lagi paracetamol. Dan tidur. Lebih awal dari biasa. Bangun saja kepala rasa dah ringan. Alhamdulillah… Cuma kesan-kesan demam yang tak jadi seperti batuk-batuk cum scutum dan rhinorrea. Biasalah tu… Asalkan tubuh ni dah terdaya nak bangun dan buat kerja-kerja rumah, Alhamdulillah dah cukup baik. Sooner or later, insya Allah baik.

Parit Sempadan J