22April2010.Khamis
Argghhhh…..
Tensionnya!
Tension bila masakan tak menjadi seperti apa yang diimpi. Semalam Pak Padil belikan ikan tongkol. Maka hari ini, pagi tadi embah telah mengeluarkan task agar Nuna memasak kari ikan tongkol, sesuai dengan selera Pak Padil.
Kalau rasanya tak seenak yang mak masak, aku boleh terima lagi. Memang pun tak
boleh lawan kesedapan masakan mak. Tapi ni… Iras-iras rasa kari mak pun tak ada. Sudah lah tadi, semasa pergi ke kedai Pak Cik Wahid untuk membeli serbuk kari, boleh pula terlupa beli santan sekali.
boleh lawan kesedapan masakan mak. Tapi ni… Iras-iras rasa kari mak pun tak ada. Sudah lah tadi, semasa pergi ke kedai Pak Cik Wahid untuk membeli serbuk kari, boleh pula terlupa beli santan sekali.
Tapi Pak Chop kata, kalau tak bubuh santan pun jadi kari juga. India masak kari pun, bukan bubuh santan. Orang Melayu saja yang bidaah lebih bubuh segala santan dalam masakan.
Hurmmm… Pak Chop ni pandai saja nak ambil hati Nuna. Walaupun tak se'kaw-kaw' mana, Pak Chop, Pak Padil dan embah tetap makan juga kari yang tak menjadi tu sampai hampir habis ¾ periuk. (sebab dah tak ada lauk lain lagi)
Nuna je yang tak lalu nak makan.
Hurm….
Moral (buat Nuna) :: Sebelum pergi ke kedai Pak Cik Wahid tu, kena sediakan item apa yang nak dibeli. So, tak adalah berlaku kes-kes lupa beli ni… Huhu..
p/s : gambar tu cuma hiasan je...
p/s : gambar tu cuma hiasan je...

Parit Sempadan J