20April2010.Selasa

Tengah hari selepas memasak, Nuna tak dapat nak temankan embah makan. Selepas hidangkan makanan untuk embah, Nuna terus berlalu ke ruang hadapan dan merebahkan diri berhampiran hamparan tilam nipis embah. Terpaksa menolak ajakan embah untuk makan bersamanya. Selalunya, tiap-tiap hari Nuna akan temankan embah makan tengah hari. Tak tahu kenapa hari ni pening sangat-sangat. Tak larat sangat-sangat nak bangun. Rasa pening ni bermula sejak bangun tidur pagi tadi. Mulanya Nuna sangkakan, sebab tidur lewat, tapi bila ingat-ingat balik, Nuna tidur malam semalam sama saja macam malam-malam sebelumnya : jam 11.00 malam.
Oh ya… Mungkinkah kesan dari main tengah-tengah panas dengan si Tumirah semalam? Hurmm… Tak mungkinlah… Nuna bukan se'puteri lilin' itu sampai tak boleh kena terik panas langsung… Lagipun, bukan tak biasa berpanas.
Kasihan embah terpaksa makan seorang diri.
Maafkan Nuna embah…
Nuna telan dua biji paracetamol yang diberi Pak Padil dan terus rebah lagi di katil dengan harapan bila dah sedar nanti otak ni waras sikit. Alhamdulillah, bila bangun tu agak ringan sikit rasa kepala ni tapi… Pening tu masih ada lagi. Biarlah… Mungkin ambil masa juga nak pulih.
:::> Fa iza maridtu fa hua yasyfi <:::

Parit Sempadan J