Catatan Lavender La Nuna : Cerita Tentang Tumirah

19April2010.Isnin

Comel!

Teruja melihat anak kambing Pak Mat yang umurnya baru sebulan lebih tu terkedek-kedek mengejar Pak Mat yang sedang menunggang motosikal sambil mengejar-ngejar kambing-kambing peliharaannya yang lain. Makin laju Pak Mat membawa motosikalnya, makin laju juga anak kambing itu mengejar. Anak kambing tu – yang aku namakan Tumirah (sempena nama Kak Mie - AMIRAH) tanpa pengetahuan Pak Mat – berbulu hitam menurut Pak Mat memang tak reti nak bergaul dengan sahabat-sahabat sekandangnya. Tambahan lagi semenjak ibunya kembali ke alam baqa beberapa jam setelah melahirkan Tumirah (kalaulah boleh dinamakan Tumirah), Pak Matlah tempatnya bermanja. Pak Matlah yang disangkanya ibu dunia akhirat.
Tumirah kejar lagi Pak Mat setelah Pak Mat memberhentikan enjin motosikalnya. Sikit pun Tumirah tak mempedulikan sahabat-sahabat kambingnya yang bersiar-siar dalam kelompok masing-masing. Tumirah mungkin tak sedar, dirinya juga kambing sespesies yang dengan mereka.

Pak Mat masuk ke dalam rumah. Tumirah pun nak ikut juga! Pak Mat marah Tumirah, tapi Tumirah tak peduli. Tumirah tak faham pun. Pak Mat akhirnya minta tolong Nuna untuk mengambil susu di dalam peti sejuk. Nuna perhatikan Pak Mat menyusukan Tumirah menggunakan botol susu bayi betul-betul di pintu gelangsar di hadapan ruang tamu. Tumirah nyonyot dengan rakus sekali. Tak cukup-cukup sebotol. Pak Mat kata, dalam sehari saja tiga kali Tumirah menyusu : pagi, tengah hari dan petang. Satu pek pasteur susu sehari. Seminggu dah tentu-tentu 7 pek.

Nuna kembali ke bilik untuk berehat tetapi keluar semula apabila terdengar bunyi Tumirah mengembek-embek. Bunyinya hampir sangat di hadapan rumah. Rupa-rupanya Si Tumirah ni dah ketinggalan – baik ditinggal oleh Pak Mat juga sahabat-sahabatnya. Kelibat seekor pun dari kelompok kambing-kambing Pak Mat pun tak nampak. Kerana bimbang Tumirah merayau-rayau tak tentu arah, Nuna pun temankan Tumirah bermain-main di halaman rumah embah sementara menanti kalau-kalau Pak Mat datang semula dengan motosikalnya. Tumirah tu ringan je, Nuna dah pun cuba gendong Tumirah. (excited semacam sebab first time dapat gendong kambing!). Tumirah pun tak meronta bila Nuna menggendongnya. Embah yang duduk di pintu gelangsar cuma gelak-gelak tengok cucunya bermain dengan anak kambing. Sudahnya, dengan Nuna-Nuna sekali berbau ala-ala Tumirah!

*Reminder for me* p/s : Dah seminggu birthday Kak Mie a.k.a. Kak Ngah berlalu. Kini seminggu lagi birthday my beloved cousin : Kak Didi!
Click Me

Parit Sempadan J

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Saturday, August 7, 2010

No comments:

Sahabat QQ