16 April 2010.Jumaat
Pagi-pagi lagi aku dah bersiap. Hari ini, Pak Mat hendak membawaku…
Teka, ke mana?
Oleh kerana beberapa hari lepas, iaitu sebelum Pak Mat membawaku berurut refleksologi dengan Wak Muji, aku telah mengalami sakit gigi yang sangat luar biasa sakitnya. Oleh kerana tak tertahan, aku pun callah mama, saja nak mengadu. (manja sungguh Cik Nuna ni) Dan mama, oleh kerana tidak sampai hati mendengar rintihan anaknya ini, maka mama pun beritahulah Pak Mat tentang perihal anak buahnya yang sakit gigi ni.
Mak…….
Malunya…
Dari Sarawak merentas Laut China Selatan ke Johor - Semua orang tahu Cik Nuna sakit gigi.
Sebab tu lah hari ini Pak Mat membawaku ke Klinik Pergigian di Batu Pahat. Alamak… Cuaknya. Inilah first time aku membuat pemeriksaan gigi secara peribadi. Sebelum ni, kali terakhir pun semasa berada di sekolah menengah, tujuh tahun lepas. Sebelum ni, tak pernah-pernah pun sakit gigi. Jangan kata Cik Nuna tak gosok gigi! Bangun pagi dan sebelum tidur, tak pernah miss! Dah gigi nak sakit, nak buat macam mana kan?
Dan kini, selepas mendaftar sebagai pesakit di klinik kerajaan itu aku dan Pak Mat sama-sama mengambil tempat di barisan hadapan - betul-betul di hadapan bilik rawatan – sementara menunggu giliran dirawat. Tak sampai sepuluh minit menanti, namaku dipanggil membuatkan jantungku semakin deras mengepam darah. Masuk sahaja ke bilik rawatan, aku terus diarahkan duduk di kerusi separa baring itu dan doktor wanita itu terus sahaja melakukan pemeriksaan sebelum menyuruhku keluar semula.
Laaa…
Doktor ni buat aku suspen saja. Ingatkan nak cabut terus! Rupa-rupanya kakak doktor tu kata, tak perlu cabut, boleh tampal dan nanti mereka akan panggil semula.
Duduk menanti di luar semula dengan Pak Mat. Kasihan Pak Mat, terlelap-lelap menunggu aku. Aku pun rasa macam nak terlelap menunggu nama dipanggil, sedap sangat diselubungi nyaman kedinginan pendingin hawa. Bila dipanggil, aku terus masuk. Handbag, aku tinggalkan pada Pak Mat.
Ngeeeeeeeeee…
Seram sejuknya bila dah baring atas kerusi 'maut' ni. Nuna ingat pesan mak : Kalau takut, jangan buka mata! Memang pun sekarang Nuna tak buka mata pun. Biarkan saja akak doktor tu nak buat apa pun, buatlah. Kakak doktor suruh nganga… Ngeeeee… Nuna pun ngangalah. Then, assistant kakak doktor tu - abang yang pakai spek tu - suruh pegang satu tiub yang disalurkan ke dalam mulut. Tiub tu, fungsinya untuk menghentikan seketika rembesan air liur untuk memudahkan kerja-kerja menampal gigi.
Tiba-tiba…
Dalam pejam-pejam mata sambil pegang tiub kecil itu, Nuna merasakan giginya yang sakit itu seperti digerudi. Ya Allah… Ngilunya! Begini rupanya rasa gigi ditampal. Agaknya, tengok muka Cik Adik Nuna yang macam seriau tu, kakak doktor tu sempat lagi menenang-nenangkannya, sambil tangannya begitu lincah menggerak-gerakkan alat 'gerudi' tu ke dalam mulut Cik Adik Nuna.
Ngeeeeeeeee….
Geli-geli. Ngilu-ngilu. Geli bila hujung alat yang panjang tirus tu macam menekan-nekan gusi. Ngilu bila rasa besi berlaga dengan gigi. Hampir setengah jam juga berada di dalam bilik rawatan itu sebelum dibenarkan keluar.
Alhamdulillah, semuanya beres.
Insya Allah selepas ni…
No more pain!
Parit Sempadan J