Semalam Cik Nuna dapat markah Qawaeid Lughawi fi Usul Fiqh dari Dr Usamah. Markah nauzubillah. Teruk dan parah. Cemburu di hati melihat junior-junior ramai dapat skor full mark.
Barang siapa yang dapat full mark dan sekurang-kurangnya 19/20 Dr Usamah akan umumkan dalam kelas. Tak kisah sangat kena umum ke tak umum, tapi agak sedih pedih melihat markah sendiri yang sangat cetek, walaupun Dr Usamah janji nak bantu tambah markah.
Usul Fiqh 3 pun dah dapat markah. Tapi Dr Abdullah tak tulis pun markah pada exam paper, instead dia suruh kira sendiri. Maaf saya tak nak kira Dr, takut nak menghadapi kenyataan. Macam dah dapat mengagak berita buruk bila melihat banyak salah dari betul. Lebih-lebih lagi bila Dr Abdullah kabo, semua dalam kelas usul Fiqh 3 dapat markah kurang dari sepuluh; means Arab pun sama. Kalau dah Arab sendiri dapat teruk, apatah lagi Melayu kan?
Fiqh Jihad? Jangan tanya. Dah betul-betul pulun nak skor at least for this madah, but the result… Still goes the same.
Fatigue.
Dan saat ini memang tersangat fobia untuk logon SIS [Student Information System] untuk melihat markah yang sudah keluar. Rasa-rasanya memang takkan tengok sampai nihaei nanti kot. Sumpah cuak!
Kadang-kadang terlintas di hati. Rasa macam tak guna ulang kaji. Solat qiamullail tiap dinihari. Hafal Quran. Doakan orang lain.
Tapi kenapa aku tak jadi secerdik mereka?
Kenapa aku tak dapat markah setinggi mereka?
Kenapa otak aku lembap sangat nak faham apa yang cikgu ajar?
Kenapa semua ni mesti jadi kat aku?
Kenapa aku tak boleh nak berubah jadi at least lebih cerdik sikit dari tahun-tahun lepas?
# Sedih, betul-betul down #
Kenapa semua ni mesti jadi kat aku?
Ya Allah. Aku tahu aku diuji dengan keburukan markah ujianku. Aku tahu aku mesti bersyukur biarpun ia sangat menyakitkan. Tapi aku mahu ubah nasib ini. Aku tak mahu selamanya di takuk yang lama. Aku tak mahu mak abah sedih dengan apa yang aku dapat. Belajar jauh-jauh, guna duit ribu-ribu, tapi result macam sampah.
Ok, aku tahu. Ilmu bukan diukur pada exam result. Tapi aku tak dapat nak nafikan bahawa result itu tanda usaha juhud seseorang itu. Dan aku tak mahu result aku yang buruk itu jandi fitnah buatku, ibu bapaku dan agamaku. Dan rasa macam bodoh sangat bila dapat seburuk-buruk markah itu.
Aku tahu. Allah sayang aku. Sebab tu Allah bagi ujian ini. Aku tahu. Aku banyak dosa. Sebab tu Allah uji, supaya dosa aku terhapus. Aku tahu. Amalan aku sikit, senteng, cetek tak cukup sangat. Sebab tu Allah bagi ujian ini, supaya aku lagi dekatkan diri dengan Allah.
Aku tahu.
Hati aku kotor.
Sebab tu mungkin ilmu terhijab.
Ampunkan aku ya Allah.
:’(
Kata orang kegagalan itu kejayaan yang tertangguh. -> penyedap hati.
tenangkan hati melihat kehijauan |