Catatan Lavender La Nuna : Hari Kejadian

Telah sebulan berlalu selepas hari ulang tahun Kak Mal. Ikutkan masa yang berlalu ini, usia Kak Mal sudah menjangkau 26 tahun 1 bulan 1 hari. Tapi hakikatnya, Kak Mal tak pernah rasa umur ini sebenarnya sudah melebihi suku abad. Owh, kenapa begitu? Adakah Kak Mal perasan muda? Atau dia sebenarnya tak mengaku tua? Ok, dua-dua pun salah. Oops, the 1st statement mungkin ada betulnya [eh?], but the 2nd statement itu sangat fake, ok. Really fake. Kak Mal memang sudah berusia. :D

Kak Mal memang perasan muda. Sebab dikelilingi adik-adik yang ceria. Mungkin passion yang sangat tinggi semasa belajar dan juga semasa berada di dalam halaqah gen 7 AzZikr menyebabkan Kak Mal bersemangat ‘Rakan Muda’? Mungkin juga sebab waktu itu tersangat pantas berlalu dan tup tup sudah 26. [owh?]

Yes, ada kalanya, malah berkala-kala rasanya Kak Mal memang sudah merasa terlalu tua. Lebih-lebih lagi bila memikirkan rakan-rakan sebaya ada yang sudah tamat Master, malah ada yang sudah mula menyambung pHd, ramai yang sudah bekerja tapi Kak Mal? 1st degree pun tak settle lagi. Syukur, ya terima dengan syukur inilah perjalanan hidup Kak Mal. Tak semua orang lurus dan mudah perjalanan kejayaannya, dan Kak Mal sungguh bersyukur kerana jalan yang berliku inilah membuatkan Kak Mal menghargai erti hidup yang singkat. 

***

Uniknya Kejadian Homo Sapiens

Mengimbas kembali detik-detik kejadian manusia dari percampuran nutfah [air mani],

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat."
[Al-Insaan : 2]
 
Kemudian membentuk ‘alaqah [segumpal darah] yang melekat di dinding uterus [rahim],

"Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah."
Al-Mukminun : 14

Lalu membentuk mudghoh [segumpal daging],
"Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging."
al-Mukminun : 14

Kemudian membentuk eizhom (tulang) dan lahm (daging),
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghoh itu menjadi eizhom dan kemudiannya Kami membalutkan eizhom dengan lahm."
al-Mukminun : 14

Seterusnya, pada bulan ke-3, semua tulang & kuku janin terbentuk sempurna. Pada bulan ke-4, uri membentuk bagi membolehkan janin mendapatkan makanan melaluinya.
Akhir sekali, peringkat nafkhour-rouh [peniupan roh].

Menarik kan?

Tapi kenapa Allah jadikan kita berperingkat-peringkat? Bukankah Allah boleh mencipta kita sekelip mata sahaja, tanpa melalui pelbagai proses?

sumber : Hikmah Kejadian Manusia

Hikmah Proses Kejadian Manusia Berperingkat

**Ini merupakan iktibar dari Allah agar kita sebagai umat manusia tidak tergopoh-gopoh untuk melaksanakan sesuatu urusan. 

**Sepertimana Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. secara tadarruj (berperingkat), seperti itu jugalah kejadian manusia yang melalui banyak proses. Dalam setiap proses itu, pasti ada sebab dan kemaslahatan yang tersendiri untuk dikaji dan diselidiki. 

**Every single cell dalam tubuh manusia itu berfungsi dengan tugas masing-masing mengikut sunnatullah tanpa perlu dikawal manusia. Betapa Allah ingin tunjukkan kepada hambaNya bahawa ketelitian dan kehalusan dalam setiap amal perbuatan itu akhirnya akan membuahkan hasil yang cantik dan sempurna!

Kalau nak diceritakan tentang kejadian manusia dari sediskrit-diskrit sel sehinggalah terbentuknya organ yang kompleks, sampai bila-bila pun takkan habis. Subhanallah, agungnya ciptaan Allah!

Beruntunglah, siapa-siapa yang ambil course medic, dapat mengenali Allah dengan mengkaji, pelajari tentang ciptaan Allah yang paling agung – homo sapiens!
Kawan-kawan medic, jangan sia-siakan nikmat menuntut ilmu yang Allah bagi tu. Kawan-kawan tak medic pun, peluang untuk menuntut ilmu mengenal diri sangat luas. Asal ada kemahuan di situ ada highway. Mari kenal diri, kenal Pencipta!

***

Ini gambar mastermind masa birthday Kak Amal yang lepas. Beliau complaint kenapa gambar beliau tak ada dalam entri lepas. So, untuk entri ni gambar beliau saja dengan Kak Amal. Special. Ok, Aishah, hutang akak dengan awak dah langsai. :D

 Buat mama, insan yang melahirkan saya, juga abah, tiada ucapan seindah Ka Long sayang ma & abah... Terima kasih sangat sebab sudi sayang Ka Long, besarkan Ka Long sampai sekarang. Ma & abah, menyayangimu, nikmat yang besar dalam hidup ini.

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Tuesday, September 25, 2012

No comments:

Sahabat QQ