Catatan Lavender La Nuna : Hari Yang Teruji

30 April 2010 . Jumaat

Hari yang sangat-sangat menguji kesabaran. Keimanan tu tak usah cerita. Biar Allah saja yang tahu. Dan aku sendiri tahu, aku bukanlah manusia yang punya iman mantap.

Semuanya kerana cerita se(tak tahu nak bubuh penjodoh bilangan apa)naskhah passport berwarna merah itu. Ingatkan pergi hari ini, bolehlah settle downkan semua urusan passport me’massport ‘ hari ini. Rupa-rupanya tidak. Encik Imigresen itu berkata dengan panjang lebarnya berusaha untuk membuatkan aku dan Pak Mat faham kenapa passport aku tak boleh siap dalam masa sehari. Dan masalah ini bermula dengan sebutir huruf ‘K’ yang tertera di hujung kiri IC.

Nak tahu apa kes dengan huruf ‘K’ tu?

Itu jangan tanya Cik Nuna. Tanya dengan Encik Imigresen di tempat anda. Yang Nuna tahu, benda alah huruf ‘K’ itu hanya ada pada rakyat jelata negeri Sarawak sahaja. Negeri Sabah tak tahu pula macam mana ya.

Disebabkan huruf ‘K’ itu, Cik Nuna harus menanti selama seminggu sebelum passportnya siap.

Kenapa lama sangat sampai seminggu??

Sebab, menurut Encik Imigresen (nama terpaksa dirahsiakan atas tujuan menjaga kehormatan) yang berkaca mata dan bermisai sejemput itu, sudah menjadi prosedur bagi sesiapa yang bukan *rakyat jati sesebuah negeri itu*, dan ingin membuat passport di negeri tersebut, passportnya jangan mimpilah nak siap dan dan tu juga. Kena berurusan dengan Jabatan Imigresen Sarawak lagi. Kena ambil masa seminggu jugalah. Mana-mana negeri pun sama saja. (urgghhh, geramnya aku dengan statement beliau yang ada bintang tu!! Aku pun lahir kat Johor jugalah! Mak aku pun orang Johor! So, apa masalah sangat ni?? ) – Masih lagi tak puas hati tu. Ikut hati yang tengah menggelegak, rasa macam nak bergaduh dah ni. Tapi mengenangkan tudung labuh yang aku pakai, aku simpan rasa nak meletup tu dalam hati. Grrr….
http://www.emocutez.com
Sabar ya Nuna. Dah termaktub dalam undang-undang & perlembagaan Negara tercinta ni. Nak buat macam mana kan? Redha sajalah. Walaupun sangat menyulitkan keadaan.

Tak habis cerita lagi. Selesai urusan di bahagian passport (urusan tergendala), pergi pula ke tingkat atas untuk membuat kad pengenalan baru. Kad pengenalan lama aku yang sangat hodoh ini terpaksa diganti kerana sudahlah plastic covernya dah tercarik sikit, cipnya pula dah berkarat. Ganas sungguhlah Cik Nuna ni dengan ICnya. Aku pun hairan bin ajaib. Macam mana boleh berkarat sedangkan duduknya dalam purse saja?

Dan kami sampai di rumah embah sebelum solat Jumaat. Disebabkan kebengangan yang melampau, aku diserang migraine yang teruk sehingga tak mampu untuk memasak. Nasib baik Pak Chop dan Pak Padil tolong masakkan untuk makan tengah hari. Tak dapat pula nak temankan embah makan sebab dah terpengsan. :-(

Parit Sempadan :-)

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Thursday, December 9, 2010

No comments:

Sahabat QQ