3 Mei 2010 . Isnin
Masuk hari ini dah tiga hari Pak Chop tak balik. Rasa lainlah kalau Pak Chop tak balik. Rasa sangat-sangat kekurangannya. Rasa rindu? Memang rasa rindu…
Sebabnya…
Selepas Pak Mat, Pak Choplah penghibur Nuna di sini. Pak Choplah ayah Nuna di sini… Pak Choplah yang rajin buat Nuna ketawa dengan lawak-lawak ciptaan Pak Chop. :-(
Kenapa Pak Chop tak balik ya?
Kalau hari Jumaat, Sabtu dan Ahad Pak Chop tak balik… Nuna faham. Sebab tiga hari itu merupakan ‘Hari Memikat Sedunia’.
Memikat apa?
Don’t worry la.. Pak Chop pergi memikat burung. Pak Chop suka sangat buat koleksi burung merbuk. Setiap sudut rumah embah, ada saja burung merbuk Pak Chop. Semua burung-burung merbuk Pak Chop bernama Leman. Hisss… Tak faham sungguh dibuatnya. Pak Chop menghilang selama tiga hari ni, siapa yang sanggup bagi makan Leman-leman Pak Chop? Tak ada siapa yang sanggup… Nuna? Lagilah tak reti!
Hurmm…
Kucing-kucing Pak Chop – Abang Nek, Abom dan Adeq – pun mesti dah rindu sangat-sangat dengan atok mereka. Lebih-lebih lagi si Abang Nek tu. Ada ke patut, time orang tengah solat Subuh, dia boleh duduk pandang kita kat tengah-tengah sejadah tu. Then, masa kita tengah rukuk, dia panjat bahu kita. Perghhh.. Nasib baik terlindung dengan telekung, kalau tidak, mahunya rabak bahu Nuna.
Tu baru sikit.
Masa nak memasak untuk sarapan tadi, boleh pula si Abang Nek tu panjat bahu Nuna dan duduk kat bahu. Sudahnya, terpaksa la buat breakfast untuk budak-budak bertiga ni dulu. Amboi… Melampau sungguh. Manusia dalam rumah ni pun tak makan lagi, kamu bertiga dah mengada-ngada nak makan ya…
![]() |
abang nekkkkkk!!! |
![]() |
adeq yang pemalu depan kamera tapi jadi hero bila di hutan |
![]() |
abang nek. tidur dalam beg nuna |
![]() |
abang nek & abom |
![]() |
abang nek yang sangat mengada-ngada |
Tong sampah kat dapur tu pun dah penuh. Dah berulat pun. Selalunya, kalau Pak Chop ada, Pak Choplah yang akan tolong buang di semak, jauh sikit di belakang rumah embah. Nuna pernah saja nak jadi budak baik – konon-kononnya – dulu. Nak buang sampah tu. Tapi tak kuat. Sebab berat sangat. Sudahnya, Pak Chop yang bersihkan.
Tapi hari ini…
Takkan nak tunggu sampai Pak Chop datang baru nak bersihkan tong sampah ni. Takkan nak harapkan Pak Chop juga. Dah penuh sangat. Dan memang dah berulat pun. Nampak jelas ulat-ulat putih tergedik-gedik nak keluar dari tong sampah hijau itu. Dan akhirnya Nuna jadi budak baik lagi terlebih rajin hari ini. Dan juga terlebih gagah. Rasa macam nak terputus urat-urat saraf ni bila mengangkat tong sampah yang super berat ni. Tapi Nuna gagahkan juga. Demi kebersihan sejagat. Dah tak tertahan mata ni melihat panorama ulat-ulat yang berdisko dalam tong sampah tersebut.
Perghh….
Tahan nafas.
Tahan rasa nak muntah.
Dan akhirnya, berjaya juga Nuna membasmi ulat-ulat durjana tu. Nampaknya lepas ni, tak perlu lagilah perkhidmatan Pak Chop sebab Nuna pun mampu melakukannya. Chewah!
Hurmmm…
Mana Pak Chop ni…
Friskies budak-budak ni dah sampai ke penghujungnya. Ikan rebus pun dah nak habis.
Baliklah Pak Chop…
Kami dah rindu sangat dengan Pak Chop…

Parit Sempadan :-)