Catatan Lavender La Nuna : Buatku Tersentuh…

28April2010.Rabu

Embah buatku tersentuh lagi!
http://www.emocutez.com
Selepas solat Isyak dan memperelokkan diri sebelum tidur, embah memanggilku. Embah minta aku cari pampersnya, kalau-kalau masih berbaki lagi di atas rak baju di dalam biliknya. Apa yang aku tahu, memang ada sepaket pampers dewasa lagi di atas rak baju itu, tapi tak pasti pula berapa bakinya kerana aku tak pernah mengusiknya. Pampers ini merupakan paket pampers yang embah gunakan semenjak embah jatuh sakit pertengahan tahun lepas. Embah guna hanya pada ketika itu sahaja. Bila embah sudah sembuh, embah sudah tidak memerlukan pampers lagi.

Tapi hari ini buat pertama kalinya setelah beberapa bulan embah sembuh, embah bagaikan memerlukan lampin pakai buang itu lagi. Embah pernah mengadu, embah tak larat nak mengengsot ke tandas malam-malam untuk buang air. Nuna bukan tak nak tolong, tapi embah tak pernah kejutkan Nuna malam-malam bila nak ke tandas.

Malam itu, sebelum tidur, aku tolong embah pakaikan pampers. Embah gelak-gelak bila aku pakaikan pampers itu. Embah kata, embah macam bayi tua. Aku hanya senyum, aku jawab, dulu-dulu pun embah pakaikan Nuna lampin. Aku cuba maniskan wajah semanis-manisnya di hadapan embah. Hakikatnya aku rasa terharu. Macam nak menangis pun ada. Aku tahu, jauh di sudut hati tua embah, pastinya embah masih punya secebis rasa malu. Walaupun aku, cucunya sendiri yang memakaikannya. Embah belum nyanyuk lagi untuk tidak berasa malu. Aku sangat mengerti perasaan itu.

Nuna akan buat untuk embah.

Sebab tangan embah juga telah memakaikan lampin Nuna, tangan embah juga yang tidak jijik membasuh najisku, tangan embah juga yang pernah menidurkan Nuna dan tangan embah juga yang pernah menyuapkan Nuna makan suatu ketika dahulu, waktu embah menjaga Nuna selama dua bulan.

Kini, tiba waktunya untukku memakaikan lampin pakai buang buat embah pula…
http://www.emocutez.com

Parit Sempadan J

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Monday, August 30, 2010

No comments:

Sahabat QQ