Catatan Lavender La Nuna : Embah & Aku

17April2010.Sabtu

Embah suka bercerita!
Dan Nuna tekun dengar cerita embah macam kanak-kanak dengar dongeng Sang Kancil. (walaupun sekali-sekala terlentok sebab mengantuk).
Click Me
***

Petang ni, tak ada apa kerja sangat yang nak dibuat. Selepas angkat jemuran, Nuna duduk di hadapan sliding door yang terbuka luas, dengan angin petang yang sepoi-sepoi bahasa tu sambil melipat kain. Embah sedang duduk-duduk di hadapan sliding door, tengah menikmati udara petang beralun lembut. Cuaca sudah kurang sikit teriknya, selepas Asar tadi. Selepas habis saja kesemua kain yang dilipat, Nuna duduk di sisi embah, sama-sama mengambil udara petang.

Macam biasa – seperti hari-hari sebelumnya – embah bertanya berapa hari lagi mak kau nak balik? Setiap hari, pasti embah tanya soalan yang sama.

Dan setiap hari itu jugalah Nuna pasti akan sudah siap bersedia dengan hitungan hari : sebagai jawapan untuk memuaskan lagi melegakan hati embah. Setiap hari, angkanya semakin kecil tapi setiap hari sejak 2 April lalu, waktu terasa begitu lambat bergerak.

Setiap petang jugalah, Nuna dan embah akan menjadi penunggu yang setia di pintu ini. Menunggu dan terus menunggu dengan harapan yang tidak kurang besarnya agar ada anak-anak atau cucu-cucu embah yang balik.

Hari ini 17 April : Tinggal lagi sebulan tiga belas hari mak, abah dan adik-adik akan balik ke kampung.
Embah…

Kalau embah tak tertahan rindu dengan anak embah yang seorang tu,
Nuna lebih-lebih lagilah tak sabar. Lebih-lebih lagi rindu dengan perempuan yang paling Nuna sayang tu. Lebih-lebih lagi rindu hendak mengucup tangannya setiap kali sebelum dia pergi kerja. Lebih-lebih lagi rindu segala-galanya tentang dia.

Sebab itulah, untuk melenyapkan seketika rasa rindu embah pada mak, Nuna pun ajak embah bercerita. Nuna tak pandai nak bercerita tapi Nuna tanya macam-macam soalan yang membawa kepada hikayat 1001 malam yang dikisahkan oleh embah. Biar hari ini dan hari-hari seterusnya Nuna jadi pendengar hikayat embah yang setia. Satu rutin yang Nuna pasti akan penuhi bila-bila masa saja bila embah terasa perlukan Nuna untuk mendengar celotehnya. Satu perkara yang Nuna akan tunaikan selepas 24 tahun hak terhadap embah terabai begitu saja kerana kekangan masa dan tempat tinggal yang berjauhan : meluangkan sepenuh perhatian terhadap embah yang kian tua dimamah usia.

Embah yang sangat memerlukan perhatian dari anak-anak dan cucu-cucunya. Nuna tak mahu menyesal di kemudian hari nanti kerana mengabaikan tanggungjawab itu.

Sekurang-kurangnya untuk tempoh selama Nuna berada di sini.

Ya…

Tempoh yang sangat berharga tentunya.

Sesekali terpecah derai tawa kecil walau lawak embah tak sekelakar mana sekadar untuk menimbulkan suasana ceria antara kami berdua. Senang hati mendengar tawa embah. Biar tawa embah itu menjadi terapi buat diri embah supaya embah sentiasa sihat dan ceria dalam meniti usia emasnya.

Embah…

Semua orang sayang embah.

Nuna pun sayang embah!
Click Me

Parit Sempadan J

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Thursday, July 22, 2010

No comments:

Sahabat QQ